Petua Untuk Hamil - Ramal Tarikh Kesuburan


Jika anda sedang mencuba untuk hamil, jangan hanya sekadar berserah kepada nasib. Usaha dan tawakkal itu adalah penting. Perkara pertama ialah dengan memahami bagaimana untuk hamil iaitu dengan meramalkan tarikh kesuburan dan mengamalkan petua untuk meningkatkan kesuburan.

Persoalannya, bagaimana untuk meramal tarikh ovulasi?

Konsepnya ialah dengan memerhatikan kitaran haid anda pada setiap bulan. Telur akan dilepaskan daripada ovari dan bergerak ke arah tiub fallopio. Jika anda ingin hamil, inilah masanya. Namun terdapat pelbagai perkara yang memberi kesan kepada ovulasi seperti tekanan dan juga cara kehidupan seharian.

Cara meramal tarikh kesuburan

-          Untuk meramalkan tarikh kesuburan, anda perlu mencatatkan pada kalendar. Untuk lebih mudah, anda boleh la memuat turun aplikasi seperti MyDays dan juga FeterlityFriend pada telefon bimbit anda. Tarikh kesuburan adalah pada titik tengah kitaran haid anda. Sebagai contoh, jika anda mempunyai kitaran haid 28 hari secara konsisten, maka tarikh kesuburan anda ialah 14 hari selepas hari kedatangan haid anda. Jika kitaran haid anda ialah 24 hari, maka tarikh kesuburan anda ialah 12 hari selepas tarikh kedatangan haid anda.

-          Perhatikan cecair keputihan anda. Biasanya sebelum 2-3 hari sebelum tarikh kesuburan, cecair keputihan adalah jernih dan cair. Selepas tarikh kesuburan, kebarangkalian untuk menjadi hamil adalah kurang dan cecair keputihan akan menjadi pekat. Maka sekiranya anda mendapati keputihan anda adalah cecair tidak berwarna atau jernih, ambil tindakan segera kerana peluang ketika itu adalah tinggi.

-          Cuba gunakan kit peramal kesuburan. Peramal kesuburan bertindak dengan mengesan lonjakan hormon dalam air kencing sebelum berlaku ovalasi. Ovalasi kit boleh didapati di farmasi.

Selepas anda meramal tarikh kesuburan, rancang dan lakukanlah hubungan seks dengan teratur pada masa tersebut. Yang paling penting, berdoalah kepada Allah untuk dikurniakan rezeki.

Jika anda sedang mencari rahsia mudah hamil yang berkesan, anda boleh rujuk di sini. Ramai yang telah berjaya. Lihat antara testimoni yang dihantar melalui email di sini.

No comments:

Post a Comment