Kehamilan: Rancang atau tidak?

Sekadar ingin bertanya pendapat.

Yang mana lebih bagus? Kahwin dan terus ada anak atau kahwin dan rancang sehingga keadaan kewangan stabil sebelum ada anak?

Pada pendapat saya, jika tiada masalah seperti faktor kesihatan yang memudaratkan sekiranya mengandung, tidak perlu tunggu dengan lebih lama. Ini disebabkan, selepas perkahwinan, kita tidak tahu jika kita mengalami masalah-masalah sukar untuk hamil atau tidak. Sekiranya kita berusaha di awal perkahwinan, tetapi tidak membuahkan hasil, rawatan dapat diberikan dengan lebih awal dan akan meningkatkan peluang untuk hamil di usia muda.

Tambahan pula, hamil di usia yang lanjut akan memberi pelbagai risiko kepada ibu dan juga bayi. Seeloknya, untuk anak pertama, usaha dan serahkan kepada takdir kemudian barulah membuat perancangan untuk anak yang seterusnya, tetapi perlu diingat, jangan jarakkan terlalu lama kerana ada juga kes di mana terlalu lama merancang sehinggakan sukar untuk hamil untuk anak kedua. 

Ingatlah, anak itu rezeki dan pembawa rezeki.

Pendapat anda bagaimana?

No comments:

Post a Comment