Kenapa saya masih tidak hamil walaupun saya menjalani kehidupan yang sihat?



Soalan: Kenapa saya masih tidak hamil walaupun saya mempunyai kitaran haid yang lancar dan kehidupan yang sihat? Saya dan suami melakukan hubungan seks pada masa yang tepat pada setiap bulan, kami tidak gemuk dan kami juga sihat. Pemakanan kami juga dijaga dengan baik.

Jawapan: Perkara pertama yang perlu difikirkan ialah berapa lama anda telah cuba. Lebih kurang 80% daripada pasangan akan hamil selepas 6 bulan mereka mencuba dan kira-kira 90% akan hamil selepas 12 bulan mencuba. Mencuba bermaksud melakukan hubungan seks pada masa ovulasi pada setiap bulan. Jika anda tidak pernah mencuba untuk sekurang-kurangnya 6 bulan, maka anda perlu terus berusaha. Namun jika anda telah mencuba lebih daripada 6 bulan dan masih tidak hamil, maka anda perlu mengambil langkah untuk mencari di manakah silapnya. Mempunyai kitaran haid yang lancar dan tetap tidak bermakna anda berada di tempat yang selamat. Terdapat banyak sebab-sebab yang mungkin membawa kepada keadaan sukar hamil. Antaranya ialah:

-          Umur
                Bagi wanita yang berumur selepas 35 tahun dan lelaki yang berumur lebih daripada 40 tahun, ia boleh mengambil masa untuk hamil. Umur wanita bukan saja boleh menjejaskan kekerapan ovulasi, malah kualiti telur yang dihasilkan. Kemungkinan telur yang dihasilkan dan hormone yang dikeluarkan adalah kurang ideal untuk persenyawaan berlaku.

-          Terdapat kemandulan pada lelaki
                Dua puluh hingga tiga puluh peratus daripada pasangan yang sukar hamil menemui faktor kemandulan pada pihak lelaki , dan 40 % lagi mendapati faktor-faktor kemandulan adalah disebabkan kedua-dua belah pihak. Kemandulan pada lelaki juga jarang mempunyai tanda-tanda yang dapat dilihat tanpa menganalisis air mani.

-          Tiub Fallopio yang tersekat, endometriosis dan masalah stuktur
                Ovulasi yang tidak teratur menyumbang 25% kepada 30% daripada kes-kes kemandulan wanita. Ada sesetengah mereka yang mengalami masalah tiub fallopio tersumbat, masalah stuktur rahim yang tidak membolehkan zigot melekat setelah persenyawaan berlaku dan juga . endometriosis. Walaupun anda mempunyai tempoh haid tetap dan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda tanda-tanda masalah , tetapi itu tidak menjamin kesuburan.

Oleh itu, mengetahui sebab-sebab tidak boleh hamil adalah perlu dan sangat penting bagi mengambil langkah perubatan yang betul.

Untuk petua untuk hamil yang berkesan dan telah diuji, anda boleh lawati di sini. Terdapat hadiah percuma dari penulis.

No comments:

Post a Comment